Produk Vemma

Produk Vemma adalah produk berasaskan jus manggis yang diadun daripada pengetahuan sains terkini berserta dengan sumber alam semulajadi terbaik bagi menghasilkan makanan tambahan dalam bentuk jus yang lazat serta lengkap dengan segala keperluan zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Jus Vemma hanya perlu diambil sehari sekali. Ia sangat kaya dengan sumber antioksidan dan mineral (garam galian) yang penting untuk badan. Antioksidan membantu badan menentang radikal bebas yang bahaya dan memanjangkan tempoh hayat sel manakala sumber mineral diperlukan untuk meningkatkan kesihatan organ dalaman serta antibodi tubuh manusia.

Diformulasikan oleh pakar perubatan yang mempunyai latar belakang pengetahuan perubatan Timur dan Barat,  jus Vemma menghimpunkan sumber antioksidan terkaya iaitu ekstrak isi dan kulit manggis, kesemua 12 vitamin yang diperlukan oleh badan serta mineral berasaskan tumbuhan daripada aloe vera organik yang kaya dengan glico-nutrien dan teh hijau organik nyahkafein bagi menghasilkan program nutrisi (pemakanan) antioksidan terbaik abad ini.

Minuman jus manggis Vemma yang juga turut dikenali sebagai Program Nutrisi Vemma telah diluluskan dalam edisi 2007 PDR bagi jenis Ubat Tidak Berpreskripsi dan Pemakanan Tambahan. Jika prestij ini dapat diukur, keistimewaan inilah yang membezakan Vemma dengan program-program pemakanan yang lain.

PDR bagi Ubat Tidak Berpreskripsi dan Pemakanan Tambahan digunakan di sini dengan kebenaran.

Minuman jus manggis Vemma terdiri daripada dua formulasi cecair diadunkan di dalam satu botol bagi memudahkan anda mendapatkan sumber antioksidan, vitamin, mineral yang lengkap untuk keperluan tubuh badan anda. Anda tidak perlu lagi mengambil keperluan tersebut secara berasingan. Cukup dengan hanya meminum jus Vemma sehari sekali. Jus Vemma adalah bebas dari bahan pengawet dan vitamin di dalam jus vemma juga adalah lebih mudah diserap oleh badan berbanding dengan vitamin dalam bentuk pil atau tablet.

Formulasi yang pertama ialah Mangosteen Plus™ iaitu multi vitamin yang sangat bertenaga yang mengandungi kesemua 12 vitamin di dalam larutan kaya-antioksidan iaitu ekstrak buah dan kulit manggis, tumbuhan aloe vera dan teh hijau nyahkafein. Formulasi ajaib ini memberikan memberikan kelebihan dan faedah seperti berikut:

Antioksidan Daripada Sumber Buah Manggis
Buah manggis (isi serta kulit) merupakan sumber antioksidan semulajadi yang terbaik dan mengandungi kesemua phytonutriens penting termasuklah xantona. *Xantona ialah sejenis antioksidan yang sangat berkesan serta menyediakan badan dengan sumber nutrisi yang penting*. Vemma adalah produk jus manggis yang mengandungi kandungan xantona tertinggi dan mengatasi semua produk manggis lain di pasaran.

Antioksidan Daripada Sumber Vitamin
Mengandungi antioksidan penting vitamin A (seperti beta carotene), vitamin C dan E untuk membantu melawan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan mengelakkan tekanan oksidatif ke atas badan. *Beberapa bukti saintifik menyatakan pengambilan vitamin-vitamin antioksidan boleh mengurangkan risiko dijangkiti beberapa jenis penyakit kanser.

Mineral Semulajadi Daripada Aloe Vera
Jeli di dalam daun aloe vera mengandungi mineral, asid amino dan gula pemakanan seperti polysaccharides, enzymes, lignins, saponins dan anthraquinones yang diketahui sangat berguna mengekalkan kesihatan yang baik kepada tubuh badan manusia.*

Faedah Pengambilan Selenium
*Beberapa bukti saintifik menyatakan pengambilan selenium boleh menghasilkan kesan-kesan antikarsinogenik yang berguna badan manusia.

Tambahan Vitamin B
Memberikan vitamin B tambahan pada tahap jantung sihat untuk menambah tenaga dan merupakan sumber yang baik untuk folate. *Pemakanan kesihatan dengan kadar folate yang memadai boleh mengurangkan risiko melahirkan anak cacat akal dan saraf tunjang bagi ibu-ibu mengandung.

Teh Hijau
Kajian menunjukkan teh hijau adalah merupakan antioksidan yang berkesan, dipercayai dan digunakan secara tradisional sebagai bahan penyembuhan.

Formulasi kedua ialah Essential Minerals®. Mineral (garam galian) menyokong kesihatan organ, tulang dan sistem imun ataupun antibodi badan manusia. *Badan tidak secara semulajadi menghasilkan mineral untuk keperluannya, jadi pemakanan seimbang adalah penting untuk membekalkan keperluan mineral kepada badan kita.

Essential Minerals dalam Vemma adalah seimbang, 100% asli dan mengandungi 65 jenis trace-mineral dan ultra-trace-mineral utama.

*Pernyataan-pernyataan bertanda belum dinilai atau diperakukan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA). Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit.

Perbandingan Melalui Ujian Makmal Produk Vemma dengan Produk-produk Jus Manggis Lain

Nilai ORAC (antioksidan adalah terbaik apabila nilai ORAC tinggi)



 

Kandungan Mangosteen Xanthones Bagi Setiap Ounce



 

Vitamin Bagi Setiap Ounce

Fakta Pemakanan

 
Bookmark and Share
 
 
Vemma was rated "Best Overall Juice" by Men's Journal magazine
 
 

Laman Utama | Tentang Syarikat | Tentang Produk | Tentang Vemmabiz | Bagaimana Bermula | Daftar Percuma | Pelan
Perniagaan
| Laman Web | Bayaran | Sijil Halal | Peta Lokasi | Gambar | Video | Soalan-soalan Lazim | Ruangan Ahli

Laman web ini adalah merupakan laman promosi hasil usaha, kreasi dan kreativiti vemmabiz.me (GM-Group)
Logo, tanda perniagaan dan gambar pihak ketiga adalah kepunyaan pemiliknya masing-masing.
Copyright © 2009 vemmabiz.me. All Rights Reserved