Laman-laman Web Perniagaan Vemma

 

Anda tidak perlu membina laman web untuk menjalankan perniagaan Vemma. Ini kerana di dalam perniagaan Vemma, setiap ahli berbayar atau paid member akan dibekalkan dengan 2 laman web yang bertindak sebagai pejabat maya bagi ahli menjalankan perniagaan mereka. Dua laman web tersebut ialah MyVemma dan VemmaBuilder. Jika anda mendaftar sebagai ahli percuma, anda hanya dibekalkan dengan laman web VemmaBuilder.

Terdapat perbezaan di antara 2 laman web tersebut dari segi fungsinya di mana VemmaBuilder bertindak sebagai pembina rangkaian perniagaan anda dan MyVemma pula adalah lebih merupakan kepada pusat jualan runcit produk Vemma anda dan bahagian back office ataupun member area di MyVemma pula adalah merupakan pejabat pengurusan dan perakaunan kepada perniagaan Vemma anda.

Anda akan menggunakan member area di MyVemma untuk menguruskan akaun, susun atur downline, membuat tempahan baru, melihat penyata bonus dan lain-lain lagi. Keistimewaan perniagaan Vemma ialah produknya yang berkualiti dan lazat, sistem bonus yang menarik dan sistem penjanaan pembina rangkaian dan pengurusan downline VemmaBuilder yang begitu canggih dan sangat berkesan untuk mengembangkan perniagaan online anda.

 

Laman Web VemmaBuilder

Laman web VemmaBuilder adalah merupakan nadi kepada perniagaan pemasaran rangkaian (network marketing) anda di Vemma. Bayangkan anda mempunyai beratus orang pegawai pemasaran yang bekerja selama 24 jam sehari tanpa henti untuk mempromosikan perniagaan anda. Laman web VemmaBuilder anda mampu melakukan tugas tersebut untuk anda sepanjang masa tanpa penat dan tanpa meminta bayaran lebih! Tugas anda pula sebagai CEO adalah merancang dan menyusun atur bagaimana, di mana dan berapa kerap 'pegawai pemasaran' (laman web VemmaBuilder anda) anda harus bekerja untuk mempromosikan perniagaan anda (secara online dan juga offline).

Selepas anda menyertai Vemma, anda akan diberikan laman web VemmaBuilder (http://www.vemmabuilder.com/nombor-id-anda) untuk anda promosikan bagi membina rangkaian perniagaan anda. Kejayaan anda dalam mengembangkan perniagaan ini adalah bergantung kepada kebijaksanaan anda mempromosikan laman web VemmaBuilder anda. Anda tidak perlu risau mengenai hal tersebut kerana panduan lengkap akan diberikan selepas anda menyertai Vemma sebagai paid member. Di dalam perniagaan Vemma, kita tidak mencari prospek tetapi prospek yang akan mencari kita selepas mereka membaca laman web kita.

Laman web VemmaBuilder adalah laman web pemasaran, penajaan, tutorial dan pembina kejayaan serba lengkap untuk anda menjalankan perniagaan Vemma anda. Beberapa bahagian dalam web ini hanya dikhaskan untuk paid member (enroller) dan anda tidak boleh akses ke bahagian tersebut jika status anda adalah free member (pre-enrollee). Ianya dilengkapi sistem autoresponder canggih yang akan melakukan 90 peratus daripada tugas anda melakukan follow-up kepada prospek dari seluruh dunia.

Laman web VemmaBuilder dilengkapi sistem autoresponder pintar Vemmabuilder yang akan menghantar follow up email kepada prospek (pre-enrollees) tanpa penat-lelah bagi pihak anda. Sistem autoresponder ini adalah sama fungsinya dengan sistem autoresponder berbayar seperti Getresponse, Aweber dan sebagainya yang anda boleh langgan dengan kos yang lebih kurang sama setiap bulan.

Perbezaannya, dengan menggunakan sistem autoresponder VemmaBuilder anda tidak perlu pening kepala untuk menyediakan email kepada prospek kerana sebanyak 20 siri email telah disediakan bagi pihak anda dan banyak lagi rahsia perniagaan Vemma akan diceritakan kepada free member di dalam email follow-up tersebut bagi membolehkan mereka upgrade sebagai paid member di bawah anda.

Apabila anda mendaftar percuma di VemmaBuilder, anda akan diberikan percubaan (test drive) secara percuma selama 90 hari di VemmaBuilder. Dalam tempoh ini laman web VemmaBuilder akan bekerja seperti biasa melakukan penajaan, mengaturkan downline dan melakukan follow-up untuk anda secara percuma. Walau bagaimanapun, anda perlu upgrade keahlian anda kepada paid member sebelum tempoh tersebut jika ingin meneruskan perniagaan Vemma anda.

Downline anda semasa anda free-member akan terus menjadi downline anda dengan syarat mereka tidak upgrade terlebih dahulu daripada anda. Jika mereka upgrade dahulu, mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada anda (terkeluar dari successline anda) dan akan mendahului anda selamanya.

Sebagai paid member, anda akan dikenakan bayaran sebanyak $19.95 setiap bulan untuk laman web VemmaBuilder (percuma jika dapat menaja 5 orang atau lebih paid member). Bayaran ini lebih kurang sama dengan perkhidmatan autoresponder berbayar yang saya sebutkan di atas tetapi dengan VemmaBuilder anda mendapat lebih daripada sekadar sebuah sistem autoresponder kerana VemmaBuilder berkhidmat pejabat maya (virtual office), 'pegawai pemasaran' dan 'setiausaha' perniagaan anda.

Bayangkan berapa banyak modal yang harus anda keluarkan setiap bulan untuk menggaji seorang setiausaha, beberapa orang pegawai pemasaran dan menyewa sebuah pejabat untuk perniagaan anda. Bayaran sebanyak $19.95 untuk menjalankan bisnes global seperti ini adalah sangat murah berbanding dengan faedah yang anda akan dapat.

Jika anda dapat menaja sebanyak 5 orang atau lebih paid member bagi sesuatu bulan, caj laman web VemmaBuilder untuk bulan berikutnya adalah PERCUMA - anda tidak perlu lagi bayar untuk laman web. Selain daripada itu VemmaBuilder juga turut memberikan bonus jika anda berjaya menaja ramai orang dalam seminggu. Ini tidak termasuk dengan 10 bonus yang lebih besar yang bakal anda terima di dalam perniagaan sebenar Vemma dengan membuat penajaan tersebut. Contoh bonus-bonus yang pernah diterima oleh ahli Vemma daripada VemmaBuilder adalah seperti di bawah.

 

Laman Web MyVemma

Selepas mendaftar sebagai paid member, anda perlu setup sebuah lagi laman web untuk perniagaan Vemma anda. Ini adalah laman web sebenar Vemma.com dikenali sebagai laman MyVemma. Ianya mengandungi butir-butir peribadi anda, maklumat kad kredit, maklumat pemesanan, maklumat bonus serta downline perniagaan anda.

Caranya cukup mudah, sila lawati http://www.vemma.com/backoffice dan klik pada link "create an account" di bahagian "First Time Login". kemudian isikan kesemua bahagian kecuali SSN/TIN/NRIC/VAT dan Old Password dan klik butang "SUBMIT". Contoh bergambar disertakan di bawah.

Kini tugas untuk setup laman MyVemma anda telahpun selesai dan laman MyVemma secara automatik telah dihasilkan. Anda boleh melihat laman Myvemma anda melalui URL seperti berikut: http://id-anda/vemma.com. Anda boleh tukar nama laman MyVemma anda supaya berlainan dari dengan username anda selepas itu. Caranya klik menu "Manage Website" selepas login dalam MyVemma. Laman web Myvemma.com selepas saya edit ialah http://yusville.vemma.com.

 

Laman Web Promosi Dalam Bahasa Melayu

Selain daripada 2 laman web Vemma yang disebutkan di atas, anda yang menyertai perniagaan Vemma melalui Vemmabiz.me akan mendapat sebuah lagi laman web promosi Vemma yang dihasilkan di dalam Bahasa Melayu. Laman web ini adalah inisiatif webmaster Vemmabiz untuk membantu ahli-ahlinya supaya dapat melakukan penajaan dengan berkesan. Laman web ini diberikan secara percuma kepada ahli-ahli kumpulan Vemmabiz.me. Anda akan dihubungi oleh upline masing-masing untuk mengisi maklumat di laman tertentu selepas anda upgrade keahlian anda. Laman web ini akan terhasil secara automatik selepas anda mengisi maklumat yang diperlukan.

 

 

Bookmark and Share
 
 
 
Vemma was rated "Best Overall Juice" by Men's Journal magazine
 
 

Laman Utama | Tentang Syarikat | Tentang Produk | Tentang Vemmabiz | Bagaimana Bermula | Daftar Percuma | Pelan
Perniagaan
| Laman Web | Bayaran | Sijil Halal | Peta Lokasi | Gambar | Video | Soalan-soalan Lazim | Ruangan Ahli

Laman web ini adalah merupakan laman promosi hasil usaha, kreasi dan kreativiti vemmabiz.me (GM-Group)
Logo, tanda perniagaan dan gambar pihak ketiga adalah kepunyaan pemiliknya masing-masing.
Copyright © 2009 vemmabiz.me. All Rights Reserved